5G: MDEC meterai MoU dengan GSMA

5G: MDEC meterai MoU dengan GSMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Groupe Speciale Mobile Association (GSMA) dalam mempertingkatkan pembangunan penggunaan 5G dengan
menggunapakai panduan dan kajian kes sebenar serta bekerjasama dalam mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

MoU itu telah ditandatangani oleh Ketua Peagwai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz dan Ketua APAC untuk GSMA, Julian Gorman di Sepanyol semalam.

Menerusi MoU itu, MDEC dan GSMA akan bekerjasama dalam memacu minat terhadap pelaburan digital sepertimana yang terkandung dalam inisiatif strategik nasional terbaharu; Malaysia Digital, menerusi sektor-sektor tumpuan dan penggerak teknologi.

Selain itu, ia turut akan merancakkan pembangunan keupayaan dan kemampuan bagi teknologi 5G di Malaysia demi memacu pertumbuhan dalam pelaburan digital.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, MoU itu menandakan satu acara penting terutamanya ketika Malaysia sedang melancarkan teknologi 5G ke seluruh negara, dengan jangkaan 80 peratus liputan menjelang hujung tahun 2024.

“Penggunaan kajian kes sebenar dalam teknologi 5G mempunyai potensi yang sangat besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang signifikan, meningkatkan taraf sosial dan membantu Malaysia dalam mencapai matlamat pembangunan mampan
(ESG), serta selari dengan visi Malaysia MADANI.

“Kami yakin menerusi MoU ini dengan rangkaian meluas, pengalaman dan panduan daripada GSMA, akan meningkatkan keupayaan digital, kemampuan dan nilai dalam ekonomi digital kita,” katanya dalam kenyataan.

Antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada kajian kes penggunaan sebenar ini adalah termasuk bandar pintar, industri 4.0, pendidikan, teknologi kesihatan, pemantauan alam sekitar dan keterangkuman sosial.

GSMA juga akan menonjolkan kajian kes di Malaysia dan berkongsi mengenainya menerusi laporan-laporan saranan termasuk laporan APAC Mobile Economy dan laporan Digital Societies. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN