TUMMOUR rancang buka 50 cawangan di Malaysia

TUMMOUR rancang buka 50 cawangan di Malaysia

MAJLIS perasmian pembukaan cawangan pertama TUMMOUR di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Restoran makanan Thai asli terkemuka dunia, TUMMOUR bercadang membuka sehingga 50 cawangan di Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

Ia susulan pembukaan secara besar-besaran cawangan pertamanya di negara ini di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, di mana menu mesra Muslim akan diperkenalkan buat kali pertama.

Sebagai langkah pertama dalam pasaran Malaysia, Zen Corporation Group Public Company Limited bekerjasama dengan ThaiFeng Holdings Sdn. Bhd. untuk membuka 50 buah cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang yang bakal menjana ratusan peluang pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif ThaiFeng Holdings, Liven Chong berkata, Thailand merupakan syurga makanan yang digemari rakyat Malaysia.

“Dengan pembukaan TUMMOUR di Empire Shopping Gallery, kami mampu membawanya lebih dekat lagi sambil menyediakan pengalaman budaya Thai kepada mereka yang ingin melancong ke sana.

“Dengan ini, kami berhasrat untuk memperhebatkan usaha dengan rancangan untuk membuka 50 buah cawangan baru dalam masa 3 tahun bagi memberi pengalaman tersebut kepada orang ramai di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Komersial Zen Corporation, Sirumat Chatchawan pula berkata, beliau amat teruja untuk menghubungkan Thailand dan Malaysia melalui TUMMOUR.

Kata beliau, membuka cawangan di Malaysia merupakan objektif utama syarikat dan amat berbangga dengan pencapaian itu.

“Sambil kami berkembang ke Malaysia, saya ingin mengambil peluang ini untuk menjemput penduduk tempatan memanfaatkan pengalaman kami di dalam industri francais antarabangsa bagi memperhebatkan industri makanan dan minuman di Malaysia,” katanya.

Sebagai jenama di bawah syarikat rangkaian restoran Zen Corporation, TUMMOUR menghidangkan juadah asli dari Timur Laut Thai (Isaan) di lebih 150 buah cawangan di seluruh dunia termasuk Thailand, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Ditubuhkan pada 1989, jenama restoran terkemuka Thailand tersebut telah menambat hati para pelanggannya di seluruh dunia dengan juadah-juadah asli Thai yang lazat.

“TUMMOUR menghidangkan menu-menu Thai kegemaran rakyat Malaysia seperti Salad Betik (Som Tum), Sup Udang Pedas (Tom Yum Koong) dan sebagainya. Para pelanggan bakal dihidangkan dengan pelbagai juadah daging, makanan laut, sup, salad, pencuci mulut dan banyak lagi dalam menu mesra Muslim TUMMOUR,” kata syarikat itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN