Toyota kekal pengeluar kereta terlaris dunia

Toyota kekal pengeluar kereta terlaris dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Toyota Motor Corp mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar kereta paling laris di dunia pada 2022, meninggalkan Volkswagen AG, walaupun gangguan rantaian bekalan terus membebankan pengeluaran automobil global.

Jualan kumpulan, termasuk anak syarikatnya Daihatsu Motor Co dan Hino Motors Ltd, kebanyakannya tidak berubah pada 10.5 juta unit untuk tahun itu, kata syarikat Jepun itu.

Sementara itu, jualan Volkswagen turun 7 peratus tahun lalu kepada 8.3 juta unit, merupakan tahap penghantaran terendah dalam tempoh 11 tahun, menurut Bloomberg.

Walaupun ia menandakan kejayaan tahun ketiga berturut-turut Toyota berbanding pesaingnya dari Jerman, isu utama yang dihadapi Toyota dan pembuat kereta lain ialah permintaan global yang semakin lemah.

Kebimbangan terhadap `selera’ pembeli yang semakin pudar untuk kenderaan baharu semakin memuncak, menjejaskan saham Tesla Inc.

Goodyear Tyre & Rubber Co. turut memotong pekerjaan sebagai tindak balas kepada persekitaran ekonomi yang lebih lemah dan inflasi yang meningkat.

Toyota bagaimanapun, masih mengatakan ia tidak dapat mengeluarkan kereta yang mencukupi untuk memendekkan masa penghantaran.

Pelanggan melaporkan penantian selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun untuk model tertentu syarikat itu.

Bagi tahun fiskal bermula pada April, Toyota telah menetapkan sasaran keluaran sebanyak 10.6 juta kenderaan, dengan `kaveat’ penghantaran akhir mungkin 10 peratus lebih rendah jika ia tidak dapat memperoleh bahagian yang mencukupi, terutamanya semikonduktor.

S&P Global Mobility meramalkan bahawa Toyota akan terus melebarkan kedudukannya ke atas Volkswagen pada 2023, dengan 10.4 juta jualan kenderaan ringan berbanding 7.99 juta bagi pengeluar kereta Jerman itu.

Jualan Volkswagen dijangka pulih dari 2024, manakala Toyota berada di landasan untuk mencapai 11 juta teratas dalam jualan kenderaan ringan tahunan menjelang akhir dekad, menurut firma penyelidikan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN