Persatuan Takaful Malaysia jalin kerjasama dengan Iran

Persatuan Takaful Malaysia jalin kerjasama dengan Pusat Penyelididkan Insurans Iran

takaful
Mohd. Radzuan Mohamed (kanan) dan Prof. Dr. Mohammad Mahdi Asgari menunjukkan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Persatuan Takaful Malaysia dengan Pusat Penyelidikan Insurans Iran (IRC) untuk bekerjasama dalam program berasaskan peningkatan  pengetahuan Takaful dengan tujuan mengukuhkan landskap industri di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Pusat Penyelidikan Insurans Iran (IRC) untuk bekerjasama dalam program berasaskan peningkatan  pengetahuan Takaful dengan tujuan mengukuhkan landskap industri.

Kerjasama ini mengambil kira pentingnya pembangunan industri Takaful dengan mewujudkan perkongsian dinamik untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran setiap pihak dalam Takaful dan kewangan Islam secara keseluruhan untuk manfaat sinergi.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua organisasi akan bekerjasama dalam pemupukan pengetahuan, latihan dan pendidikan, pertukaran maklumat dan menyediakan perundingan, pada masa yang sama memupuk hubungan antarabangsa antara industri insurans domestik dengan perniagaan insurans antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd. Radzuan Mohamed berkata, mereka  amat mengalu-alukan kerjasama dengan Pusat Penyelidikan Insurans Iran sebagai sebahagian daripada komitmen kami ke arah meningkatkan industri ke tahap baharu.

“Kerjasama ini akan menjadi satu lagi faktor penyumbang dalam mendorong pembangunan landskap industri Takaful dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara peneraju yang terbaik menyokong ekonomi Islam global yang bernilai beberapa trilion dolar,” katanya.

Sebagai pasaran Takaful ketiga terbesar di dunia menurut Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam, Malaysia mempunyai ekosistem kewangan Islam yang progresif yang merangkumi institusi kewangan Islam, pengawal selia, korporat patuh syariah, pengurus dana Islam dan industri halal yang mempunyai permintaan pada produk Takaful.

“Perkongsian itu menandakan satu lagi pencapaian bagi industri Takaful di Malaysia dalam menjalin pakatan strategik yang bertujuan untuk mencapai manfaat sinergi bersama, sambil meletakkan kedua-dua negara kita ke arah mencapai sistem kewangan Islam yang dinamik, berdaya saing dan cekap yang mampu menyumbang kepada ekonomi, komuniti. dan negara,” tambah Radzuan.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama berdasarkan usaha terbaik mereka bagi mempromosi dan menjalankan pelbagai aktiviti dalam bidang Kewangan Islam dan Takaful dan untuk bekerjasama dalam menyumbang ke arah penubuhan golongan profesional Kewangan Islam dan Takaful korporat yang terlatih, berkemahiran tinggi dan beretika yang  akan berusaha untuk menanda aras diri mereka dengan yang terbaik di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif IRC, Prof. Dr. Mohammad Mahdi Asgari pula berkata, perkongsian itu akan memberi manfaat kepada Malaysia dan Iran dari segi perkongsian pengetahuan mengenai Takaful di peringkat antarabangsa.

“Di samping itu, ia dapat membantu meningkatkan potensi Takaful dan juga membantu membuka lebih banyak peluang di masa hadapan antara kedua-dua pihak serta menyumbang ke arah penubuhan profesional Kewangan Islam dan Takaful yang terlatih dan berkemahiran tinggi,” katanya.

Kerjasama ini bertujuan untuk mengukuhkan dan memperluaskan hubungan saintifik IRC dengan institusi akademik berkaitan mengenai penciptaan jurnal saintifik bersama, persidangan saintifik pelbagai hala bersama dan bengkel khusus antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya