Peralihan tenaga TNB tepati agenda negara – Nik Nazmi

Peralihan tenaga TNB tepati agenda negara – Nik Nazmi

NIK Nazmi Nik Ahmad (empat, kiri) diiringi Baharin Din (tiga, kiri) mendengar penerangan mengenai Projek Hidroelektrik Nenggiri disampaikan oleh Pengarah Urusan TNB Genco, Datuk Nor Azman Mufti (dua, kiri) ketika lawatan kerja ke Ibu Pejabat TNB Bangsar, Kuala Lumpur, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah Te­naga Nasional Berhad (TNB) menerajui pelaksanaan pera­lihan tenaga dengan aspirasi pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, menepati agenda negara dalam mena­ngani perubahan iklim.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, usaha TNB beralih kepada tenaga solar, hidro serta teknologi penjanaan menggunakan hidrogen dan ammonia bagi mengurangkan pelepasan karbon, wajar dipuji.

Menurut beliau, ia adalah langkah permulaan yang baik bagi menangani isu perubahan iklim dan mencapai ekonomi kitaran pelepasan sifar bersih.

“Saya amat tertarik dengan Pelan Peralihan Tenaga TNB untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

“Ia selari dengan hasrat kerajaan untuk terus membekalkan elektrik kepada rakyat ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan lestari, dengan komitmen memenuhi kriteria Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada warga kerja TNB sempena lawatan kerja pertamanya ke Ibu Pejabat TNB di Bangsar, kelmarin.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, NRECC komited untuk meningkatkan penjanaan elek­trik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) melalui Pelan Pembangunan Penjanaan Pembekalan Elektrik 2021-2039.

“Mengambil kira kepenti­ngan mengimbangi permintaan tenaga dan mengurangkan pe­lepasan karbon, NRECC juga akan terus memacu inisiatif kecekapan dan penjimatan tenaga melalui Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, sebagai syarikat yang peka dengan isu perubahan iklim, TNB mengambil langkah berani dan mengumumkan aspirasi Hala Tuju Kelestarian 2050 dan komitmennya dalam menerajui perjalanan peralihan tenaga Malaysia.

“Selain sasaran pelepasan karbon sifar bersih daripada sektor penjanaan, langkah-langkah mempercepatkan pacuan peralihan tenaga termasuk meluaskan pasaran Tenaga Boleh Baharu (TBB), memperkasa grid dan membangunkan ekosistem Kenderaan Elektrik (EV).

“Dalam menuju pelepasan karbon sifar bersih 2050, kata­nya, TNB komited mencapai sasaran penjanaan 8,300MW TBB pada 2025, diikuti pe­ngurangan 35 peratus intensiti pelepasan karbon dan 50 peratus kapasiti penjanaan arang batunya menjelang 2035,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN