PETALING JAYA: Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka dinaikkan lagi sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), Bank Negara Malaysia (BNM) 2023, esok. Jika benar, kenaikan tersebut adalah kali kelima berturut-turut sejak dinaikkan pada Mei tahun lalu, menjadikan OPR pada 3.0 peratus berbanding 2.75 setelah dinaikkan kali terakhir pada 3 November. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pihaknya…










