PETALING JAYA: MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CelcomDigi sebagai sebahagian daripada perjalanan pendigitalan berterusannya selain memperkaya pengalaman pelanggan. Perkongsian sulung antara perbankan Islam itu dan syarikat telekomunikasi terbesar negara tersebut akan menyokong MBSB Bank untuk terus melayani pelanggannya dengan lebih baik, pada masa yang sama meningkatkan kecekapan operasi. Di bawah perkongsian itu, MBSB Bank dan CelcomDigi akan meneroka peluang dalam penyelesaian perbankan pintar hujung ke hujung, merangkumi perkhidmatan komprehensif untuk keselamatan siber, pembiayaan penyelesaian runcit pintar, dan teknologi infrastruktur awan. Selain itu, kedua-dua syarikat berhasrat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya