PETALING JAYA: Maxis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi membangunkan penyelesaian berasaskan pertanian dan agrimakanan. Kedua-dua pihak akan memanfaatkan keupayaan masing-masing untuk menintegrasikan kejuruteraan dan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam projek-projek bagi industri pertanian yang mampan serta berdaya saing. MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani dan Pemangku Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Claire Featherstone. Mohamad Zabawi berkata, sektor pertanian terus menjadi satu daripada enjin pertumbuhan terpenting bagi ekonomi negara. “Kerjasama ini adalah tepat pada masanya kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya