Harga emas cecah paras tertinggi enam bulan

Harga emas cecah paras tertinggi enam bulan

KRISIS global dan jangkaan ekonomi tidak stabil tahun ini meningkatkan belian terhadap emas. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga emas mencecah paras tertinggi enam bulan dalam sesi dagangan kelmarin dan penganalisis percaya kenaikan itu bakal diteruskan tahun ini, menurut laporan CNBC.

Dalam laporan itu, CNBC berkata, emas spot melonjak menghampiri paras AS$1,850 (RM8,140.07) seauns sebelum turun semula ke paras sekitar AS$1,838 (RM8,087.27) seauns.

Niaga hadapan emas AS pula naik 1 peratus kepada AS$1,844.10 (RM8,114.11).

Menurut CNBC, harga emas pada umumnya dalam kecen­derungan menaik sejak awal November kerana pergolakan pasaran, jangkaan kemelesetan yang meningkat dan lebih banyak pembelian emas daripada bank-bank pusat telah menyokong permintaan.

Ketua Strategi Komoditi Saxo Bank, Ole Hansen berkata, pasaran sedang mencari harga ‘mesra’ 2023 yang disokong oleh kemelesetan dan risiko penilaian pasaran saham.

Ia dipengaruhi oleh kenaikan kadar bank-bank pusat, prospek dolar AS yang lebih lemah dan inflasi dijangka kekal pada tahap sekitar 3 peratus menjelang akhir tahun ini.

“Selain itu, penurunan dolar yang dilihat oleh beberapa bank pusat tahun lepas mengambil kira jumlah belian emas yang mencecah rekod, nampaknya akan berterusan sekali gus menyediakan tahap pasaran yang lemah,” katanya.

Memandang ke hadapan, Hansen melihat hasil mesyuarat Rizab Persekutuan AS dijangka pada Jumaat ini, merupakan hari penting untuk emas.

Beliau berpendapat, harga emas yang melepasi paras AS$1,842 pada 2022, akan me­lakukan ‘pembetulan’ untuk ber­ada pada julat antara AS$1,850 hingga AS$1,878 seauns. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN