EPMB, Tenaga Switchgear bekerjasama

EPMB, Tenaga Switchgear bekerjasama lancar infrastruktur bateri EV di ASEAN

MAJLIS pemeteraian perjanjian kerjasama anak syarikat EPMB dan anak syarikat TNB untuk pelancaran infrastruktur bateri EV di seluruh ASEAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: EP Manufacturing Berhad (EPMB) bekerjasama dengan Tenaga Switchgear Sdn. Bhd. (TSG), anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk melancarkan Stesen Pertukaran Bateri dan infrastruktur berkaitan di seluruh ASEAN, termasuk Malaysia.

Kerjasama itu adalah selaras dengan usaha niaga kenderaan elektrik (EV) EPMB dan cita-cita kredit karbon.

EPMB, melalui anak syarikat milikan penuhnya, EP Blueshark Sdn. Bhd., telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan anak syarikat TNB, Tenaga Switchgear untuk meneroka peluang bagi menyetempatkan pengeluaran bateri dan Stesen Tukar Bateri di serantau.

“Kedua-dua pihak juga akan meneroka peluang untuk menyatukan Stesen Pertukaran Bateri dan rangkaian infrastruktur dalam pasaran yang disasarkan.

“Di samping itu, MoU itu bertujuan untuk meneroka peluang bagi membangunkan Stesen Tukar Bateri melalui rangkaian Tenaga Switchgear di rantau ini,” jelas EPMB dalam kenyataan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif EPMB, Lim Sim Yee berkata, Kumpulan sedang berusaha untuk melancarkan perniagaan EV dua rodanya secara komersial di Malaysia dan berkembang luas ke negara-negara ASEAN yang lain.

“Untuk ini dijalankan tanpa gangguan, kami memerlukan infrastruktur Stesen Pertukaran Bateri yang dibina dengan baik di pasaran yang kami rancang untuk menembusi.

“Oleh itu, EP Blueshark teruja untuk menjalin kerjasama dengan Tenaga Switchgear dalam usaha membangunkan infrastruktur yang diperlukan di seluruh Asia Tenggara bersama-sama,” katanya.

EPMB bekerjasama dengan syarikat teknologi antarabangsa iaitu, Sharkgulf Technologies Group Limited, untuk mengeluar, memasang dan mengedarkan EV dua roda berkuasa bateri di Malaysia dan rantau ASEAN.

Tenaga Switchgear yang diperbadankan pada 1994, terlibat dalam pembuatan Alatan Suis Voltan Sederhana dan Tinggi di Asia Tenggara bagi sistem pengagihan elektrik dan menerokai produk peralihan tenaga termasuk pengecas EV AC dan DC, dan infrastruktur pertukaran bateri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN