PETALING JAYA: Bursa Malaysia dijangka menurun sedikit minggu ini susulan pendekatan tunggu dan lihat yang diambil pelabur ekoran ketidaktentuan pasaran termasuk kelemahan ekonomi serantau dan kejutan harga ekonomi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Rasidah Mohd Rashid berkata, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka akan mencatatkan penurunan sekitar 1,475 hingga 1,480 mata pada minggu ini. Menurut beliau, tindakan para pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat situasi ketidaktentuan pasaran juga mendorong berlakunya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya