Bank Muamalat buka cawangan baharu ke-68 di Indera Mahkota - Utusan Malaysia

Bank Muamalat buka cawangan baharu ke-68 di Indera Mahkota

MOHD. NIZAR Najib menandatangani plak pada majlis perasmian cawangan ke-68 Bank Mualamat di Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) membuka cawangan baharunya di Indera Mahkota di sini, kelima di negeri ini bagi memenuhi permintaan pelanggan yang kian meningkat.

Cawangan baharu itu merupakan yang ke-68 di seluruh Malaysia, dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohamad Nizar Najib dan dijangka memberikan perkhidmatan perbankan lengkap kepada kira-kira 248,946 orang penduduk sekitar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pembukaan cawangan baharu ini merupakan sebahagian komitmen Bank Muamalat dalam memperluas dan mempertingkatkan perkhidmatan perbankan bagi komunikasi setempat.

“Hari ini merupakan hari yang bermakna bagi kami semua sempena perasmian cawangan Indera Mahkota Bank Muamalat yang sudah memulakan operasi pada 9 Disember lalu.

“Saya berharap dengan sokongan semua, Bank Muamalat mampu menjadi sebuah institusi perbankan Islam yang relevan serta dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk kehidupan lebih baik bersama,” katanya pada Majlis perasmian Bank Muamalat cawangan Indera Mahkota, di sini semalam.

Pada masa ini terdapat lima cawangan Bank Muamalat di Pahang iaitu di Indera Mahkota, Kuantan, Temerloh, Mentakab dan Pekan. 

Menurut Khairul, cawangan Indera Mahkota berada di lokasi strategik yang mana ia berdekatan dengan pusat pentadbiran negeri yang baharu serta di kawasan perdagangan dan kediaman yang berkembang maju.

Beliau berkata, cawangan baharu itu menyediakan perkhidmatan seperti akaun deposit, akaun pelaburan, pembiayaan seperti pembiayaan rumah, peribadi dan perniagaan pengurusan pelaburan konsumer.

“Untuk makluman sejak cawangan Indera Mahkota ini dibuka hampir sebulan lalu sambutan daripada masyarakat sekitar amat menggalakkan yang mana pihak kami menerima lebih 290 pelanggan baharu dengan jumlah transaksi perniagaan melebihi RM 8 juta.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri menyambut baik pembukaan cawangan baharu Bank Mualamat di Indera Mahkota yang akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat.

Ujarnya, dengan lokasi yang strategik dengan kepadatan penduduk yang tinggi ia sudah tentu mampu memberi akses terbaik dan menjadi pilihan perbankan penduduk setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya