Ancaman keselamatan, Petrobras perkukuh kawalan

Ancaman keselamatan, Petrobras perkukuh kawalan

PETROBRAS meningkatkan keselamatan di semua asetnya terutama kilang penapisan, selepas menerima ancaman keselamatan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Petroleo Brasileiro SA (Petrobras) meningkatkan kawalan kese­lamatan di kilang penapisannya sebagai langkah berjaga-jaga selepas ancaman terhadap aset, termasuk kilang bahan api terbesar di Brazil, kata dua pegawai syarikat yang tidak mahu dikenali.

Katanya, ancaman itu dikesan oleh unit perisikan Petrobras yang memantau komunikasi media sosial penyokong bekas Presiden sayap kanan Brazil Jair Bolsonaro.

Syarikat kawalan kerajaan itu berkata, pada malam Ahad semua aset dan kilang penapisannya beroperasi seperti biasa.

“Petrobras mengambil semua langkah perlindungan pencegahan yang diperlukan, sebagai prosedur standard,” katanya dalam satu kenyataan.

Beribu-ribu penyokong Bolsonaro pada Ahad menceroboh Kongres negara itu, istana pre­siden dan mahkamah agung, memusnahkan perabot dan memecahkan tingkap, berikutan pencerobohan Capitol Amerika Syarikat (AS) pada 6 Januari 2021, oleh penyokong bekas Presiden Donald Trump.

Ancaman terhadap Petrobras menyasarkan aset seperti kilang penapisan di Sao Paulo, Rio de Janeiro dan negeri Parana.

Petrobras mempunyai 1,000 tenaga kerja keselamatan swasta dan sedang bekerjasama de­ngan polis negeri.

Menteri Perlombongan dan Tenaga Brazil, Alexandre Silveira berkata, bekalan bahan api Brazil akan berjalan seperti biasa, begitu juga kilang penapisan negara.

“Selain memantau status bantahan dalam struktur ini, kami tetap berjaga-jaga dan dalam penyelarasan dengan kementerian dan negeri lain untuk memastikan bekalan,” katanya dalam kenyataan.

Gabenor Rio de Janeiro Claudio Castro berkata di Twitter, beliau telah mengerahkan polis negeri dan bandar pada Sabtu untuk mengukuhkan keselamatan di Reduc, kilang penapisan utama negeri itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×