UOB Malaysia sumbang RM1.2 juta

UOB Malaysia sumbang RM1.2 juta

MAJLIS penampaian sumbangan UOB Heartbeat Run/Walk 2022 berjumlah RM1.2 juta kepada lima badan amal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UOB Malaysia berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM1.2 juta menerusi program tahunan UOB Heartbeat Run/Walk 2022.

Menurut UOB, dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk menambah baik badan amal melibatkan naka-kanak kurang bernasib baik dan golongan rentan.

Acara UOB Global Heartbeat Run/Walk adalah program kesukarelawanan dan pengumpulan dana utama tahunan yang diadakan secara global merentasi 18 pasaran.

“Dalam tempoh dua bulan sebelum acara ini diadakan, rakan sekerja dari UOB Malaysia me­nganjur pelbagai aktiviti pe­ngumpulan dana, termasuk konsert maya, lelongan dan bazar amal, yang telah menyumbang kepada jumlah tertinggi ini,” katanya dalam kenyataan.

Lebih daripada 3,000 rakan sekerja UOB Malaysia, keluarga dan rakan-rakan telah mendaftar untuk menyertai acara Heartbeat Run/Walk tahun ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, selaras dengan matlamat bank, ‘Membina masa depan ASEAN’, UOB Malaysia berhasrat melakukan perubahan dalam bidang kanak-kanak, pendidikan dan seni, yang dapat menyumbang kepada kemajuan masyarakat.

Katanya, ini merupakan edisi ke-14 acara pengumpulan dana UOB Heartbeat Run/Walk dianjurkan dan beliau berbesar hati dengan semangat kedermawaan rakan sekerja dan pe­langgan UOB yang berjaya mengumpul jumlah rekod RM1.2 juta untuk lima penerima sumbangan.

“Ini mengesahkan komitmen secara kolektif dan keupayaan kami untuk membantu mening­katkan komuniti di mana UOB beroperasi,” katanya.

Lima penerima utama iaitu Food Aid Foundation, HOPE Worldwide Malaysia, Kechara Soup Kitchen, Yayasan Pintar dan WORLD Vision Malaysia, akan menggunakan dana tersebut untuk meningkatkan usaha berterusan yang bertujuan memperbaiki kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik di samping melengkapkan mereka lebih baik dengan alatan dan kemahiran digital.

Pengarah Negara HOPE Worldwide Malaysia, Darick Wong Kai Yin pula berkata, pihaknya berterima kasih kepada UOB Malaysia atas sumbangan mereka dan amat menghargai sokongan padu Bank.

Beliau percaya, semua kanak-kanak patut diberi peluang belajar tanpa mengira latar belakang sosioekonomi mereka.

“Dengan dana yang diperoleh melalui UOB Heartbeat Run/Walk 2022, kami boleh membantu kanak-kanak kurang bernasib baik meneruskan pendidikan mereka. Dana ini akan digunakan untuk membina platform pembelajaran digital bagi kanak-kanak kurang bernasib baik, justeru memberikan mereka akses kepada alatan dan bahan pembelajaran digital,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×