Takaful IKHLAS, MBSB Bank jalin kerjasama strategik

Takaful IKHLAS, MBSB Bank jalin kerjasama strategik

(Dari kiri) Rudy Rodzila Che Lamin, Zaharudin Daud, Nor Azam M.Taib dan Muhammad Fikri Mohamad Rawi pada majlis pelancaran kerjasama strategik MBSB dan Takaful IKHLAS di Petaling Jaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad menjalin kerjasama banktakaful lima tahun dengan MBSB Bank Berhad (MBSB Bank).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, kerjasama tersebut dijangka menjana sumbangan takaful melebihi RM500 juta kepada Takaful IKHLAS, meliputi pelbagai tawaran produk keluarga dan am.

Katanya, kerjasama tersebut bertujuan memperkasakan pembangunan progresif dan penyelesaian kewangan Islam yang inklusif di negara ini.

“Inisiatif ini juga akan meningkatkan pendapatan berasaskan fi bank. Kedua-dua MBSB Bank dan Takaful IKHLAS juga akan mene­roka peluang lain seperti perkongsian pertalian dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Kerjasama ini akan membawa nilai yang lebih besar kepada pe­langgan bank kerana kami memperluaskan rangkaian produk takaful untuk memenuhi keper­luan sepanjang perjalanan kewangan mereka,” katanya pada majlis pelancaran tersebut di sini, semalam.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family, Muhammad Fikri Mohamad Rawi.

Melalui kerjasama tersebut, MBSB Bank akan memanjangkan produk berkaitan kredit takaful keluarga Takaful IKHLAS seperti Takaful Bertempoh Mengurangkan Gadai Janji, Takaful Bertempoh Kredit Kelompok dan produk-produk takaful individu.

Turut termasuk adalah produk takaful amnya seperti Permotoran, Pemilik Rumah, Takaful Kebakaran, Kemalangan Diri (P.A) dan Pelbagai produk kelas kepada pelanggan runcit dan korporat bank.

Sementara itu, Nor Azam berkata, pelanggan MBSB Bank yang menyertai produk am Takaful IKHLAS akan mendapat manfaat daripada inisiatif berasaskan nilai Takaful IKHLAS untuk komuniti, program Wakaf dan Wakaf IKHLAS (WE).

Menurutnya, manfaat itu menyediakan wakaf atau endowmen berjumlah RM1,000 di bawah nama peserta kepada institusi wakaf dan wakaf yang dipilih oleh Takaful IKHLAS.

“IWE adalah sebahagian daripada platform pengumpulan dana patuh syariah Takaful IKHLAS IKHLAS Barakah House (IBH) yang bertujuan untuk menyumbang kepada komuniti yang positif dan mampan melalui lima tonggak utama iaitu pendidikan, penjagaan kesihatan, pemerkasaan ekonomi, pengayaan komuniti dan alam sekitar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya