SIBS 2022 catat potensi rundingan jualan RM1.45 bilion - Utusan Malaysia

SIBS 2022 catat potensi rundingan jualan RM1.45 bilion

TEH Chang Khim (tengah) ketika sidang akhbar Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 dekat Bangunan SUK Selangor, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak RM1.45 bilion nilai potensi rundingan jualan dicatatkan kerajaan negeri menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022, yang berakhir 9 Oktober lalu.

Exco Industri dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Kim berkata, jumlah tersebut adalah yang tertinggi sepanjang sejarah penganjuran sidang berkenaan.

“Pada SIBS 2021, hanya RM217.6 juta nilai potensi rundingan jualan sahaja dapat dicatatkan dan hal ini berlaku kerana Malaysia baru nak buka pintu sempadan.

“Sebanyak tujuh memorandum persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dalam pelbagai sektor berjaya ditandatangani pada sidang kali ini,” katanya pada sidang akhbar bagi memaklumkan kejayaan SIBS 2022 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, hari ini.

Jelasnya, MoU yang paling besar yang berjaya termeterai adalah MoU di antara CSSM Asset Management Sdn. Bhd. dan Harum Minat Sdn. Bdh. untuk kerjasama membangunkan International Integrated Logistics Services (IILS) di Sepang.

Selain itu, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Petronas Global Technical Solutions Sdn. Bhd. (PGTSSB) turut menandatangani MoU beberapa projek bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar di negeri ini.

“Manakala bagi Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2022, sebanyak 14 MoU berjaya ditandatangani merangkumi kerjasama penyelidikan dan pembangunan serta industri aeroangkasa.

“Kita mensasarkan lebih banyak potensi rundingan jualan yang dapat ditandatangani pada SIBS dan SAS akan datang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.