Shell jual kepentingan dalam Baram Delta pada AS$475 juta 

Shell jual kepentingan dalam Baram Delta pada AS$475 juta 

STESEN minyak Shell.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Shell plc akan menjual kepentingannya dalam dua kontrak perkongsian pengeluaran luar pesisir di Baram Delta di negara ini pada harga AS$475 juta (RM2.11 bilion) kepada Petroleum Sarawak Exploration & Production Sdn. Bhd.

Menurut syarikat minyak itu, bayaran tambahan sehingga AS$50 juta akan dibayar antara 2023 dan 2024 bergantung kepada harga komoditi.

Katanya, urus niaga itu akan berkuat kuasa 1 Jan dan disasarkan untuk siap pada awal 2023.

“Keputusan ini selaras dengan kerja kami untuk terus memfokuskan portfolio kami,” kata Pengarah Huluan Shell, Zoe Yujnovich, lapor Reuters.

Pengumuman itu dibuat selepas Shell mengumumkan pada Mac 2021 bahawa ia sedang mempertimbangkan untuk menjual kepentingannya dalam dua kontrak perkongsian pengeluaran.

Ini adalah sebagai sebahagian daripada strateginya untuk memfokus dan meningkatkan daya tahan serta daya saing dalam perniagaan huluannya.

Sarawak Shell Bhd., anak syarikat Shell, masing-masing memegang 40 peratus dan 50 peratus kepentingan dalam kontrak perkongsian pengeluaran Baram Delta EOR dan SK 307.

Baki kepentingan dalam kedua-dua kontrak perkongsian pengeluaran dipegang oleh operator, Petronas Carigali, cabang penerokaan dan pengeluaran tenaga Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×