SHAH ALAM: Bagi membantu golongan kurang berkemampuan dalam berdepan cabaran ekonomi pada tahun hadapan, pengeluar skuter elektrik pintar jenama Blueshark menawarkan pilihan untuk menyewa kenderaan tersebut kepada para pelanggannya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ASEAN, Blueshark Ecosystem Sdn. Bhd., Jeff Chong berkata, pihaknya menyasarkan golongan B40 bagi tujuan tersebut kerana menyedari kemampuan terhad mereka dari segi kewangan sekiranya mahu membeli. Selain itu, jelasnya, penggunaan dan penyenggaraan skuter elektrik adalah jauh lebih…