Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$110.3 bilion - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$110.3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$110.3 bilion pada 15 Disember 2022, lebih tinggi berbanding AS$109.7 bilion pada 30 November lalu. 

BNM dalam satu kenyataan berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$98.5 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)(AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.5 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.9 bilion).

“Aset itu merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM511.77 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.35 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.66 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM67.66 bilion),” katanya.

Sementara itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM166.88 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.27 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM202.94 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.14 bilion), deposit lain (RM35.98 bilion), kertas Bank Negara (RM6.50 bilion), peruntukan SDR (RM28.70 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.05 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN