Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$109.7 bilion - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$109.7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) naik kepada AS$109.7 bilion pada 30 November 2022, berbanding AS$107.5 bilion pada 15 November 2022.

Menurut kenyataannya, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Katanya, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$98.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.5 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset-aset lain (AS$2.6 bilion).

Aset berkenaan terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM509.01 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.66 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM56.98 bilion).

Menurut bank pusat, modal dan liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM162.81 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.56 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM196.70 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM12.49 bilion), deposit lain (RM34.83 bilion), kertas Bank Negara (RM7.50 bilion), peruntukan SDR (RM28.70 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.46 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya