RichWorks bawa usahawan Malaysia lawat Ibu pejabat Coca-Cola

RichWorks bawa usahawan Malaysia lawat Ibu pejabat Coca-Cola di AS

USAHAWAN jutawan bimbingan RichWorks didedahkan dengan perjalanan jenama global berusia lebih 136 tahun, Coca-Cola dengan melawat Ibu pejabat syarikat itu di Atlanta, Amerika Syarikat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 41 usa­hawan jutawan bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) didedahkan dengan perjalanan jenama glo­bal berusia lebih 136 tahun, di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd., usahawan tersebut diberikan kefahaman dan kese­daran bagaimana sesebuah jenama perniagaan mampu berkembang hingga ke tahap sebegitu.

Katanya, mereka berpeluang ke ibu pejabat Coca-Cola di Atlanta, AS termasuk sesi soal jawab dengan wakil syarikat itu melalui kerjasama pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman memilih Atlanta sebagai lokasi Inner Circle Meeting (ICM) Premier kali ini yang mana telah melahirkan banyak jenama besar dunia.

“Kami bawa pengasas-peng­asas jenama tempatan antaranya Rizal Ruzaini (RR), Sabella, Hasnuri, Eskayvie, Mutyara, IDW Design, Muiz Hot Chic­ken dan GTR Burger agar dapat membuka mata dengan idea baharu di samping mengintai peluang kerjasama dengan syarikat-syarikat di sini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada kali ini, ICM Titanium Premier dijalankan di Atlanta dari 7 hingga 10 Disember lalu merupakan antara aktiviti pementoran yang diadakan tiga kali setahun.

Titanium Premier merupakan anak didik rapat Azizan dari­pada pelbagai industri de­ngan jualan lebih RM100 juta dan minimum RM1 juta setahun.

Tambah Radz, beliau mewakili RichWorks merakamkan penghargaan kepada pihak MIDA dan Pengarah Kanan, Ekonomi & Polisi Fiskal Coca-Cola, Jonathan Rief, yang menerima kehadiran rombongan usahawan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara.

“Peluang ini sangat bermakna dalam menyediakan bangsa usahawan ke arah pemikiran global.

“Tiada yang mustahil untuk ke global, bisnes semuanya bermula dengan kecil dan kemudian berkembang, berdepan cabaran dan naik ke tahap sete­rusnya hingga berjaya, insyaAllah,” jelasnya.

Radz memberitahu, pihaknya juga ke Metro Atlanta Chamber dan bertemu Naib Presiden Perdagangan Globalnya, John Woodward di mana organisasi itu mewakili bisnes, kolej dan universiti serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Atlanta dengan misi sebagai pemangkin bagi kemajuan di sana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×