Persediaan akhir usahawan jutawan menjelang 2023

Persediaan akhir usahawan jutawan menjelang 2023

AZIZAN Osman memberi bimbangan intensif kepada usahawan jutawan RichWorks.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Sekitar 300 usahawan jutawan dari pelbagai industri berkumpul di sini, bagi mendapatkan bimbingan intensif sebagai persediaan mengharungi cabaran besar pada 2023.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, bimbingan tersebut dikendalikan sendiri mentor usa­hawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman khusus buat usahawan yang berada pada tahap pertumbuhan (expansion) de­ngan jualan lebih RM1 juta hingga RM100 juta setahun.

Katanya, mereka akan ber­kampung selama tiga hari di Langkawi bagi mempersiapkan bisnes masing-masing agar te­rus berkembang dalam apa jua keadaan.

“Pada Inner Circle Meeting (ICM) ke-22 ini, Azizan akan memfokuskan mengenai bagaimana seseorang pengasas dan pemilik bisnes dapat membina sebuah pasukan yang mantap.

“Kunci di sini ialah aspek kepimpinan yang dapat membangun pasukan sesebuah bisnes hingga memacu kejayaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

ICM merupakan program yang diadakan tiga kali setahun bagi usahawan jutawan di bawah program pementoran eksklusif RichWorks yang diper­kenalkan sejak 2015.
Radz menambah, tanpa so­kongan pasukan yang kuat sukar untuk sesebuah bisnes itu pergi lebih jauh.

“Alhamdulillah, rata-rata pe­ngasas dan pemilik perniagaan di bawah bimbingan RichWorks ini menyaksikan pertumbuhan dari semasa ke semasa.

“Ia tidak berlaku semalaman, pertumbuhan mereka merupakan satu proses yang mana cepat atau lambat juga bergantung kepada komitmen mereka sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Radz memberitahu, usahawan-usahawan bimbingan RichWorks juga berdepan cabaran seperti mereka di luar, namun membezakannya bila lebih bersedia dengan ilmu dan tindakan.

“Hasil bimbingan diterima daripada penyelesaian end to end RichWorks bersama Azizan yang sentiasa ditambah baik,” ujarnya.

Bagi usahawan yang juga mahu saksikan perubahan positif 2023, dapatkan info lanjut di laman web NakUbahHidup.com.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN