Mohamed Ridza bersama daripada Kumpulan BIMB

Mohamed Ridza bersama daripada Kumpulan BIMB

MOHAMED RIDZA MOHAMED ABDULLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mengumumkan persaraan Mohamed Ridza Mohamed Abdulla daripada barisan Lembaga Pengarahnya selepas berkhidmat selama 12 tahun, berkuat kuasa hari ini.

Menurut BIMB, pada masa sama, beliau turut sama mengundur diri daripada jawatan Pengerusi dalam anak syarikat Kumpulan, BIMB Investment Sdn. Bhd. (BIMB Investment).

Jelasnya, Mohamed Ridza telah menyertai Bank Islam sebagai Pengarah pada 1 Disember 2010 sebelum menyertai BIMB Investment sebagai Pengerusi pada 1 Oktober 2019.

“Sepanjang perkhidmatannya dengan Kumpulan, Mohamed Ridza telah memainkan peranan dalam pelbagai kapasiti dalam Lembaga Pengarah termasuk sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengarah Teknologi Maklumat; Ahli Jawatankuasa Pengarah Audit dan Peperiksaan, serta Ahli Jawatankuasa Strategik dan Kelestarian,” katanya dalam kenyataan.

Pengerusi BIMB, Tan Sri Dr. Ismail Bakar berkata, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan warga kerja BIMB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohamed Ridza atas komitmen dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan.

Kata beliau, khidmat bakti yang diberikan selama lebih 12 tahun telah membantu Kumpulan berkembang dengan lebih kukuh. Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua yang beliau ceburi selepas ini.

“Sepanjang tempoh beliau menjadi Pengerusi BIMB Investment, syarikat tersebut terus dikenali dalam bidang Syariah dan Pelaburan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), serta paling penting, beliau berjaya memastikan pulangan yang konsisten, kukuh dan memberangsangkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN