Mohamad Damshal CEO baharu PHB - Utusan Malaysia

Mohamad Damshal CEO baharu PHB

Mohamad Damshal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) mengumumkan pelantikan Mohamad Damshal Awang Damit sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan yang baharu menggantikan Datuk Mahmud Fauzi Muda yang bersara apabila kontraknya tamat pada 31 Disember ini.

Menurut kenyataannya, Mohamad Damshal mempunyai pengalaman yang luas di dalam pengurusan pelaburan dan kepakaran dalam bidang kewangan Islam. 

Ujarnya, Mohamad Damshal menyandang jawatan dalam pengurusan kanan di dalam beberapa institusi pelaburan utama tempatan dan juga beberapa firma pelaburan antarabangsa. 

“Sebelum ini, beliau adalah Ketua Pegawai Pelaburan di Lembaga Tabung Haji semenjak Januari 2020 dan pada Januari 2021 beliau telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif (Pelaburan), Lembaga Tabung Haji.

“Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Sains Perakaunan dan Pengurusan dari University of Kent, Canterbury, United Kingdom dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Toledo, Ohio, Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Tambah PHB, beliau juga adalah penganalisis kewangan bertauliah dari CFA Institute, AS dan perancang kewangan bertauliah dari Financial Planning Association of Malaysia.

Sementara itu, PHB turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada Mahmud Fauzi di atas sumbangan  beliau sepanjang perkhidmatan beliau selama 16 tahun di PHB semenjak mula ditubuhkan. 

“Beliau merupakan salah seorang ahli kakitangan pelopor yang terawal berkhidmat di PHB,” ujarnya.

Menurutnya, Mahmud Fauzi memulakan kerjayanya di PHB sejak Januari 2007 sebagai ketua pegawai operasi dan kemudian dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan pada 1 Januari 2019.

PHB, sebuah skim unit amanah patuh syariah di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan pelaburan hartanah terutama aset hartanah komersial dan mempromosi

Amanah Hartanah Bumiputera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.