MODENAS Ninja 250 ABS, Z250 terima penarafan lima bintang

MODENAS Ninja 250 ABS, Z250 terima penarafan lima bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) menerima penarafan lima bintang daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di bawah Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) bagi kedua model Modenas Ninja 250 ABS dan Z250 ABS.

Menurut EMOS, selain Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), kedua-dua model tersebut berkongsi beberapa teknologi keselamatan yang sama seperti Klac Assist & Slipper, indikasi tunggangan ekonomi serta Argo Fit bagi pengurusan casis ringan yang lebih efektif.

“Dengan itu, MyMAP secara rasmi memberi penarafan lima bintang kepada kedua-dua model ini sejurus proses penilaian dan audit yang telah dilalui MODENAS pada Oktober 2022,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas pencapaian itu, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, MODENAS amat berbangga dengan pengiktirafan yang telah dianugerahkan kepada kedua-dua model Modenas Ninja 250 dan Modenas Z250 versi ABS.

Katanya, kedua-dua model itu merupakan motosikal pertama yang menerima penarafan 5 bintang MyMAP bagi segmen Naked Bike dan Sports Bike bersasaran 250cc.

“Dengan itu, kami amat berharap para pembeli akan lebih cakna dalam membuat keputusan ketika membeli motosikal dana lebih mementingkan teknologi keselamatan yang ditawarkan pada setiap motosikal mereka. Selain itu, kami di MODENAS akan terus mengaplikasi lebih banyak ciri keselamatan pada model-model kami yang lain,” katanya.

Program MyMAP merupakan usaha terus kerajaan untuk menaik taraf tahap keselamatan motosikal di Malaysia dengan mengintegerasi teknologi dan fungsi keselamatan baharu pada motosikal berkapasiti rendah.

Dalam masa yang sama, ia untuk mendidik pengguna untuk mempraktikan tunggangan selamat sebagai pencegahan kemalangan.

Program MyMAP dibentuk berlandaskan pengalaman MIROS dalam membangunkan Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) yang turut mempunyai sistem penilaian yang sama seperti NCAP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN