MITA jangka kemasukan 300,000 pelancong China tahun depan - Utusan Malaysia

MITA jangka kemasukan 300,000 pelancong China tahun depan

UZAIDI UDANIS (tengah) pada sidang akhbar mengenai kemasukan pelancong dari China dan pelancaran Fish Tales 2023 Cup - The Global Pro Challenge di Ampang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) secara konservatif menyasar kira-kira 300,000 pelancong dari China ke negara ini tahun depan, susulan kelonggaran protokol kuarantin terhadap pengembara yang masuk ke negara itu berkuat kuasa 8 Januari 2023.

Presiden MITA, Uzaidi Udanis berkata, jumlah tersebut adalah tiga kali ganda daripada kira-kira 100,000 pelancong China diterima dari Januari hingga September tahun ini yang terdiri daripada ahli perniagaan dan juga pelajar.

Katanya, beliau berharap pengumuman tersebut akan menarik lebih banyak pelancongan negara tersebut sehingga mencapai 3.1 juta pelancong pada 2019.

“Kami di MITA amat teruja dengan pengumuman terbaharu ini dan industri pelancongan Malaysia bersedia untuk menerima pelancong China pada masa terdekat ini.

“Kami berharap ia akan mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dan kerajaan untuk membenarkan pelancong dari China masuk.

“MITA juga tahu dengan keadaan kes Covid-19 yang agak tinggi di sana tetapi saya amat yakin dengan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada oleh kerajaan dan pemantauan yang dibuat oleh kementerian,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga menggalakkan ahlinya untuk menganjur acara-acara yang menarik bagi membawa masuk pelancong sofistikated dari China yang mampu berbelanja dengan banyak sekali gus menjana ekonomi negara.

Selasa lalu, China mengumumkan peraturan baharu mengenai kelonggaran protokol kuarantin terhadap pengembara yang masuk ke negara itu dalam usaha untuk mempermudah pergerakan rentas sempadan.

Pendekatan berkenaan akan berkuat kuasa mulai 8 Januari 2023 dan dilaksanakan susulan protes rakyatnya terhadap dasar Covid sifar.

Republik itu telah mengurangkan tempoh kuarantin kepada lima hari di hotel dan tiga hari di rumah berbanding tempoh tiga minggu sebelum ini.

Pada majlis tersebut turut dilancarkan Fish Tales 2023 Cup – The Global Pro Challenge yang akan berlangsung di Rompin Pahang pada 18 hingga 23 Ogos 2023.

Sementara itu, Pengarah Othree Management Sdn. Bhd., Kenneth Chen berkata, Fish Tales 2023 Cup – The Global Pro Challenge tersebut dijangka menarik kira-kira 600 peserta dan ahli keluarga peserta dari China ke acara itu yang bakal menjana impak ekonomi kira-kira AS$1.8 juta (RM7.9 juta).

“Kami sasarkan 240 orang peserta bagi acara tersebut. Namun begitu, mereka akan membawa ahli keluarga yang menjadikan jumlah kira-kira 500 hingga 600 orang.

“Mereka ini mempunyai kuasa berbelanja antara AS$2,500 (RM11,052) hingga AS$3,000 (RM13,262) setiap seorang. Ini sekali gus dapat membantu menjana ekonomi dalam negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya