Malaysia dijangka kurang terjejas dengan kemelesetan global - Utusan Malaysia

Malaysia dijangka kurang terjejas dengan kemelesetan global

PENGESAHAN Fitch Ratings mencerminkan keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan dan kekuatan pemulihan ekonomi Malaysia serta daya tahan negara di tengah-tengah landskap global yang tidak menentu dan sangat mencabar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia diunjurkan kurang terjejas oleh faktor eksogen dan kemelesetan global yang diramalkan tahun depan berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kurang bergantung kepada perdagangan bersih dan pelancongan berbanding ekonomi membangun lain di ASEAN.

Menurut Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), permintaan domestik pada tahun ini dijangka menyumbang peratusan tertinggi kepada KDNK dalam tempoh dua dekad yang lalu.

“Peningkatan kos tenaga dan input, inflasi yang tinggi dan keyakinan pengguna yang lemah membawa kepada kemelesetan global.

“Ini sejajar dengan peningkatan aktiviti ekonomi dengan perniagaan menyesuaikan diri dengan cara kerja baharu dan mendapat manfaat daripada permintaan pelanggan yang terpendam,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun katanya, Malaysia mempunyai satu daripada nisbah hutang kasar kerajaan kepada KDNK tertinggi di rantau ini.

“Memandangkan defisit bajet tidak diunjurkan menurun banyak, terdapat ruang fiskal yang terhad untuk mengimbangi dasar dan pertumbuhan KDNK di Malaysia diunjurkan menyusut daripada 9.2 peratus pada 2022 kepada 2.7 peratus pada 2023,” katanya.

Menurut ICAEW, inflasi menjejaskan banyak pihak pada skala global disebabkan oleh pelbagai faktor sosioekonomi, terutamanya konflik Russia-Ukraine dan gangguan rantaian bekalan.

“Walaupun terdapat petunjuk jelas bahawa kemelesetan akan berlaku, Asia dijangka berdiri kukuh di tengah-tengah unjuran yang suram.

“Di peringkat global, ekonomi dijangka menghadapi kemerosotan untuk dua suku pertama pada tahun akan datang.

“Walau bagaimanapun, ini datang dengan kelebihan kerana kemelesetan ekonomi dianggarkan lebih ringan untuk hampir setiap ekonomi berbanding kemelesetan dalam sejarah sebelum ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.