KKD pantau pengambilalihan saham penuh pengurusan Menara KL

KKD pantau pengambilalihan saham penuh pengurusan Menara KL

MENARA KL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memantau secara rapat isu  pengambilalihan pegangan saham penuh pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL)  daripada pihak Telekom Malaysia (TM).

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata,  pihaknya telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada kementerian pada 14 Disember 2022.

Katanya, beliau juga akan menerima satu taklimat menyeluruh berhubung perkara itui daripada pihak TM pada 3 Januari 2023.

“Saya difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.  (MKLSB).

“KKD memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat isu yang dibangkitkan di media sosial dan soalan daripada media berhubung pengambilalihan pengurusan Menara KL melalui pegangan saham penuh daripada TM melalui anak syarikatnya,  MKLSB kepada syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN