KFC kembalikan promosi tiga Snack Plate untuk RM33 - Utusan Malaysia

KFC kembalikan promosi tiga Snack Plate untuk RM33

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KFC telah mengembalikan semula Promosi tiga KFC Snack Plate untuk RM33 selama tiga hari daripada 12 hingga 14 Disember 2022, 10 pagi hingga 10 malam, melalui KFC Self Collect di aplikasi KFC atau di  laman www.KFC.com.my.

Pelanggan bakal menikmati tiga Snack Plate yang mengandungi sejumlah enam ayam Original atau Hot & Spicy, tiga Kentang Putar (4oz), tiga Coleslaw (4oz), dan tiga roti butterscotch.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, pihaknya sentiasa ingin menggembirakan hari pelanggan dengan produk yang lazat, berkualiti tinggi, dan berbaloi.

“Jadi, jangan ketinggalan tawaran promo tiga Snack Plate untuk RM33 ini! Kami berharap promo ini membawa memori gembira ketika dinikmati bersama rakan dan keluarga pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Untuk membuat pembelian, pelanggan perlu mendaftar dan log masuk aplikasi KFC serba baharu atau melalui www.KFC.com.my.

Promosi ini terhad kepada dua pembelian tiga Snack Plate untuk RM33, bagi setiap pelanggan berdaftar.

Hanya boleh didapati di seluruh restoran KFC Self Collect kecuali Legoland atau Mall of Medini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya