Kerajaan baharu perlu teliti semula kos faedah CPTPP - Utusan Malaysia

Kerajaan baharu perlu teliti semula kos faedah CPTPP

RATIFIKASI perjanjian CPTPP dikatakan hanya beri lebih keistimewaan kepada syarikat asing untuk bertapak di negara ini berbanding peluasan perniagaan syarikat tempatan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan baharu perlu meneliti semula analisis kos faedah (CBA) Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini bagi memastikan ia tidak memudaratkan perkembangan ekonomi negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, CBA yang dibuat sebelum ini dilakukan oleh kerajaan terdahulu dan ia mungkin dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak mengambil kira situasi semasa yang berbeza berbanding sebelum ini.

“Justeru, kerajaan baharu perlu meneliti semula CBA yang dilakukan sebelum ini. 

“Malaysia masih mempunyai tempoh enam bulan untuk membuat keputusan sama ada mahu menarik balik ratifikasi itu atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat, walaupun terdapat pihak yang menggesa kerajaan untuk menarik balik ratifikasi CPTPP, ia sepatutnya dilihat dari aspek positif kerana dapat membantu Malaysia menarik pelaburan langsung asing (FDI) terutamanya untuk Asia Tenggara.

“Jika tidak, syarikat-syarikat tempatan tiada peluang untuk mengembangkan pasaran mereka dan mendapat pelabur barharu dalam usaha sama.

“Bersifat defensif juga tidak boleh membawa kepada perkembangan ekonomi negara. Pasti banyak pihak yang tidak bersetuju kerana ada pelbagai kebebasan atau penjajahan perniagaan alaf baharu melalui blok perdagangan seperti ini,” ujarnya.

Semalam, pertubuhan bukan kerajaan, Gabungan Kedaulatan Negara menggesa kerajaan menarik diri daripada CPTPP dengan segera kerana perjanjian diratifikasi dilihat lebih menyasarkan akses pasaran untuk syarikat asing ke dalam perolehan kerajaan dan menyekat perusahaan milik kerajaan, selain meletakkan syarat pada kawalan modal dalam situasi krisis kewangan.

Menurutnya, keadaan ini sangat mengganggu kedaulatan negara dan pembuat dasar mengenai isu bukan perdagangan, terma­suk dalam pelaburan, perolehan kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan tindakan afirmatif bagi Bumiputera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya