JLand, Mitsui akan bangunkan pusat data hiperskala, ladang solar - Utusan Malaysia

JLand, Mitsui akan bangunkan pusat data hiperskala, ladang solar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Johor Corporation (JCorp) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Mitsui & Co., Ltd. untuk bersama-sama meneroka peluang perniagaan dan membangunkan projek-projek strategik di Ibrahim Technopolis (IBTEC).

Projek tersebut termasuk Taman Teknologi Sedenak (STeP) dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. 

MoU itu ditandatangani menerusi anak syarikat milik penuh masing-masing iaitu JLand Group Sdn Bhd (JLG) dan Mitsui & Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. (Mitsui).

Dalam tempoh terdekat MoU, JLG dan Mitsui akan menjalankan kajian boleh laksana secara bersama mengenai pembangunan Pusat Data Hiperskala dan juga kemudahan tenaga boleh diperbaharui (RE) dalam bentuk Ladang Solar Kegunaan Sendiro untuk membekalkan kuasa kepada pusat-pusat data di Taman Teknologi Sedenak. 

Setelah kajian disempurnakan, JLG dan Mitsui dan para pemaju bersama projek akan menubuhkan sebuah usaha sama (JV) untuk melabur, membangunkan dan mengendalikan projek-projek tersebut. 

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp dan Pengerusi JLG, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata, kerjasama strategik tersebut adalah bukti daya maju projek-projek berpandukan kelestarian dan tumpuan khusus pihaknya untuk membolehkan syarikat korporat memenuhi matlamat Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Dalam ekonomi digital yang semakin bergantung kepada data, kami proaktif untuk mengenal pasti dan mengguna pakai sumber tenaga boleh diperbaharui dalam usaha mengurangkan penghasilan karbon pusat-pusat data pada masa depan. 

“Inisiatif ini menandakan salah satu mercu jaya penting dalam wawasan JCorp untuk membina masa depan lestari, sambil memastikan negeri dan negara kita memenuhi aspirasi penyahkarbon,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada MoU tersebut, JLG dan Mitsui juga akan meneroka potensi pelaburan lain di dalam portfolio kumpulan, termasuk Ibrahim Technopolis (IBTEC) yang memberi tumpuan terhadap pembangunan perindustrian serba maju dan teknologi mesra alam, dan juga perniagaan pelabuhan. 

Antara bidang yang mungkin diceburi termasuk tetapi tidak terhad kepada tenaga boleh diperbaharui, infrastruktur digital dan pergerakan dan pembangunan perindustrian berteknologi tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya