FGV sumbang RM5 juta untuk mangsa banjir - Utusan Malaysia

FGV sumbang RM5 juta untuk mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: FGV Holdings Berhad (FGV) menyumbang RM5 juta kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) yang di bawah seliaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa banjir yang berlaku di beberapa bahagian negara. 

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengerusi FGV, Datuk Dzulkifli Abd Wahab kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak & Fungsi Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan disaksikan oleh Pengarah Seksyen Logistik NADMA, Mohd Khairi Abd Ghani.

Dzulkifli berkata, sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada komitmen tanpa henti syarikat untuk memberikan sokongan segera kepada masyarakat amat memerlukan.

“Musim tengkujuh kini sedang melanda dan bencana alam terutamanya banjir berpotensi berlaku. 

“Sebagai warga korporat yang prihatin, kami berharap sumbangan kami dapat membantu meringankan beban mangsa banjir untuk membina semula kehidupan mereka dengan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, FGV telah menyokong usaha bantuan bencana di peringkat tempatan sejak beberapa tahun lalu. 

Ini termasuk pemberian bantuan semasa dan pasca bencana dalam bentuk wang tunai atau sumbangan makanan melalui FGV Food Relief Bag (FGV FReB) yang mengandungi produk makanan FGV dengan tujuan untuk memberi bantuan sementara kepada mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya