Agrobank lancar kempen Extravaganza FRIA-I

Agrobank lancar kempen Extravaganza FRIA-I, deposit minimum serendah RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agrobank melancarkan kempen Extravanganza FRIA-i yang dibuka untuk pelanggan baharu dan sedia ada, termasuk individu dan bukan individu (tidak terbuka kepada Pendeposit Korporat) di seluruh negara bermula 24 November 2022 sehingga 24 Februari 2023.

Ketua Pegawai Perniagaan Agrobank, Azman Md. Isa berkata, Agrobank sentiasa komited untuk menawarkan pelbagai produk dan penawaran yang menarik kepada komuniti agro dan pelanggan dengan melancarkan kempen deposit dengan tawaran yang terbaik dari semasa ke semasa.

“Ini merupakan antara usaha kami untuk terus memberikan galakan dan didikan kepada pelanggan kami akan kepentingan membuat simpanan bagi keperluan masa hadapan dan juga di waktu kecemasan.

“Apa yang menariknya, melalui kempen Extravaganza FRIA-i ini, ia menawarkan kadar deposit minimum serendah RM5,000 sehingga RM2,000,000 bagi setiap pelanggan. Ini merupakan antara peletakan deposit terendah yang ditawarkan oleh institusi perbankan di Malaysia.

“Tempoh matang yang ditawarkan bagi kempen ini adalah selama enam bulan dan 12 bulan sahaja (satu kitaran) dengan pembayaran keuntungan sebanyak 4.10 peratus bagi tempoh enam bulan dan 4.25 peratus bagi tempoh 12 bulan.

“Melangkah ke hadapan, Agrobank akan terus menumpukan usaha bagi memperkukuhkan serta mempelbagaikan lagi penawaran produk dan perkhidmatan kami untuk meningkatkan rangkuman kewangan khususnya kepada segmen yang terpinggir di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, Agrobank akan terus mengautomasi dan memudahkan proses pendeposit bagi tujuan simpanan selain bekerjasama dengan rakan strategik untuk menghasilkan produk yang berinovatif sekali gus memberikan pengalaman perbankan yang berkualiti kepada pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Extravaganza FRIA-i, sila layari laman sesawang Agrobank di www.agrobank.com.my atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan di 1-300-88-2476. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN