PETALING JAYA: UOB meluaskan tawaran runcit di ASEAN melalui kerjasama eksklusif dengan jenama terkemuka termasuk Singapore Airlines, The MICHELIN Guide, Club21 dan Shopee. Menurut UOB, perkongsian itu sejajar dengan matlamatnya membina masa depan ASEAN, menyediakan perkhidmatan dan menghubungkan lebih tujuh juta pelanggan merentasi rantau itu apabila pengambilalihan perniagaan perbankan pengguna Citigroup di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam selesai. Selain itu katanya, perkongsian berkenaan memperteguh kedudukan mantap UOB di ASEAN, dengan jumlah pengebilan Bank sepanjang tahun sehingga kini di rantau ini meningkat hampir 30 peratus tahun ke tahun pada September 2022…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya