PETALING JAYA: Keuntungan selepas cukai (PAT) Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2022 susut sebanyak 4.3 peratus kepada RM2.75 bilion daripada RM2.87 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu. Ia disumbangkan terutamanya oleh kerugian pertukaran mata wang asing yang lebih tinggi, kos kewangan dan perbelanjaan cukai termasuk Cukai Makmur untuk tahun kewangan 2022. Menurut TNB, hasil Kumpulan tanpa pemulihan kos bagi Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi…










