PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn. Bhd. (GSPARX) terus mendapat sokongan agensi-agensi kerajaan dalam menggiatkan peralihan tenaga. Terbaharu, GSPARX berkolaborasi dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam teknologi hijau ke arah pengurangan jejak karbon melalui pemasangan sistem solar fotovoltaik atas bumbung di 14 premis Felda di Semenanjung Malaysia dengan kapasiti 1.6 MWp (Megawatt peak). Melalui kerjasama itu, Felda akan mendapat penjimatan bil elektrik…










