TNB buat persiapan menyeluruh hadapi musim tengkujuh

TNB buat persiapan menyeluruh hadapi musim tengkujuh

WAN Nazmy Wan Mahmood mendengar penerangan daripada Sanusi Abu Bakar, Jurutera Kanan mengenai persiapan TNB memastikan bekalan elektrik stabil dan berdaya harap sepanjang musim tengkujuh di negeri Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua perkhidmatan teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah membuat persiapan menyeluruh menghadapi musim tengkujuh, termasuk melakukan penambahbaikan kepada beberapa infrastruktur kritikal miliknya yang terletak di kawasan berpotensi ditenggelami banjir.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagia TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, pada masa yang sama, kesemua empangan hidroelektrik TNB juga telah dipastikan berada dalam keadaan baik untuk terus berfungsi sebagai tebatan banjir.

“TNB telah memasang tembok penahan sistem perparitan di Pencawang Masuk Utama (PMU) dan meninggikan aras platform peralatannya, manakala set-set janakuasa bergerak serta janakuasa mudah alih dan perkakas kritikal seperti bot, telefon satelit dan lampu limpah ditempatkan di lokasi-lokasi strategik.

“Langkah-langkah lain adalah mengubah lokasi dan meningkatkan ketinggian menara penghantaran untuk memastikan tiada risiko menara tumbang,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, sebaik keadaan berjaga-jaga diperlukan, bilik gerakan TNB di negeri yang terbabit banjir akan diaktifkan untuk memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini bekalan elektrik.

“Sekali lagi kami ingin menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan aspek keselamatan, sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya premis mereka dinaiki air.

“Jika ada pencawang elektrik ditenggelami air dan operasinya terpaksa dihentikan, penyambungan semula hanya akan dibuat selepas keadaan selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN