PETALING JAYA: Sime Darby Bhd. (SDB) telah melengkapkan penjualan Weifang Port di China dengan harga kira-kira RM1.27 bilion, menandakan syarikat itu kini tidak lagi terlibat dalam perniagaan bukan teras pelabuhan. Dalam pemfailan di bursa semalam, SDB berkata pelupusan itu selesai pada Isnin. “Selepas selesai cadangan pelupusan, syarikat Weifang Port tidak lagi menjadi anak syarikat, usaha sama dan syarikat bersekutu Sime Darby,” katanya. Pada 4 Julai lalu, SDB berkata, anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Sime Darby Overseas (HK) Ltd. (SDOHK) telah memeterai perjanjian penjualan saham dengan SPG Bohaiwan Port Group…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya