PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) kesal dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus semalam, kenaikan kali keempat untuk tahun ini. Pengerusi Samenta Pusat, Datuk William Ng berkata, ini berikutan keadaan ekonomi masih kurang menentu dan boleh memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Beliau berharap, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) dapat membendung inflasi yang dihadapi negara melalui cara lain termasuk menstabilkan politik dan ekonomi serta membuka ruang kepada lebih saingan di dalam negeri.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya