Ringgit dan Bursa Malaysia dijangka positif - Utusan Malaysia

Ringgit dan Bursa Malaysia dijangka positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dan pasaran Bursa Malaysia dijangka boleh mencatatkan kenaikan positif minggu ini, selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), menurut penganalisis.

Namun begitu, ia bergantung jika tiada perubahan yang besar dari faktor global. 

Bercakap  kepada Utusan Malaysia, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, kestabilan politik adalah faktor utama yang memberikan keyakinan kepada para pelabur sama ada luar atau dalam negara.

Katanya, keputusan PRU15 akan memberikan kesan langsung kepada Bursa Malaysia dan prestasi ringgit secara langsung iaitu setelah suasana politik malaysia menjadi tumpuan dunia. 

“Namun begitu, faktor geopolitik dan ekonomi global tetap memberikan kesan yang mendalam sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi yang terbuka. 

“Tanpa perubahan besar dari faktor global, ringgit dan pasaran Bursa Malaysia dijangka mencatatkan kenaikan yang positif,” katanya di sini semalam.

Tambah beliau, sekiranya sebuah kerajaan yang tidak stabil terbentuk iaitu kerajaan campuran maka kancah politik negara masih lagi berada seperti situasi selepas PRU14 yang lalu.

“Ketidakstabilan ini memberikan kesan negatif kepada ekonomi negara kerana ketidaktentuan hala terus berlaku.

“Para pelabur juga samada luar dan dalam negera akan terus menangguhkan hasrat mereka untuk melabur di Malaysia sehinggalah kestabilan ditemui,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya