PETALING JAYA: Bursa Malaysia didagangkan secara berhati-hati apabila dibuka rendah semalam, disebabkan keputusan Parlimen yang tergantung dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sehingga memberi kesan kepada pembentukan kerajaan baharu. Prestasi Bursa kekal rendah pada pukul 11.02 pagi apabila penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.5 mata kepada 1,439.82 daripada penutup Khamis lalu pada 1,449.32, sebelum ditutup 1,447.96 susut 1.36 mata. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi…










