Pos Malaysia rekod kerugian lebih rendah suku ketiga 2022 

Pos Malaysia rekod kerugian lebih rendah suku ketiga 2022 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pos Malaysia Berhad melihat prestasinya kekal mencabar disebabkan  tekanan makroekonomi yang dijangka terus menekan pasaran e-dagang pasca pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, penyumberan yang dipercepatkan oleh pasaran e-dagang, amalan penetapan harga yang agresif terus memberi tekanan kepada pemain kurier dan logistik negara ini.

“Pos Malaysia akan terus memanfaatkan capaian kami yang tiada tandingan untuk mengembangkan bahagian pasaran dalam segmen yang betul, serta mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tekanan makroekonomi semasa dapat dikurangkan dengan baik,” katanya dalam kenyataan.

Bagi suku ketiga tahun kewangan 2022, Pos Malaysia mencatatkan kerugian bersih lebih rendah sebanyak RM33.63 juta daripada RM43.9 juta pada suku tahun lalu.

Kerugian asas sesaham juga turun kepada 4.3 sen daripada 5.61 sen suku yang sama tahun sebelumnya.

Kumpulan mencatatkan pendapatan lebih rendah sebanyak RM492 juta daripada RM536.26 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Bagi tempoh sembilan bulan sehingga 30 September 2022, syarikat mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM69.25 juta, kurang satu pertiga daripada kerugian bersih yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN