Pavilion REIT ambil alih Pavilion Bukit Jalil RM2.20 bilion

Pavilion REIT ambil alih Pavilion Bukit Jalil RM2.20 bilion

LANGKAH BNM mengekalkan OPR disambut baik oleh banyak pihak yang menyifatkan keputusan itu bakal terus memaju pertumbuhan ekonomi negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MTrustee Berhad, pemegang amanah Pavilion REIT memeterai perjanjian jual beli bersyarat untuk mengambil alih Pavilion Bukit Jalil (PBJ Mall) daripada Regal Path Sdn. Bhd. pada harga RM2.20 bilion.

Menurut kenyataan syarikat itu, Pavilion REIT Management Sdn. Bhd. juga bercadang untuk menjalankan latihan penempatan persendirian untuk mengumpul sehingga RM1.27 bilion, dengan harga terbitan akan ditentukan kemudian melalui ‘book-building exercise’.

Tertakluk kepada syarat yang dipatuhi, cadangan pemerolehan dijangka selesai pada suku kedua 2023 manakala cadangan penempatan dijangka dilaksanakan secara berperingkat.

Pengambilalihan tersebut akan menambahkan aset Pavilion REIT kepada enam iaitu termasuk aset sedia ada terdiri daripada Pavilion Kuala Lumpur Mall, Pavilion Tower, Intermark Mall, DA MEN Mall dan Elite Pavilion Mall.

Pavilion REIT Management berkata, pengambilalihan PBJ Mall dijangka menyumbang secara positif kepada pertumbuhan masa depan  Pavilion REIT, menambah 27 peratus kepada jumlah aset yang diperbesarkan di bawah pengurusan Pavilion REIT.

“Cadangan pengambilalihan ini adalah tepat pada masanya berikutan penyambungan semula aktiviti ekonomi dan jangkaan peluang pekerjaan yang lebih baik selepas pandemik Covid-19.

“Limpahan positif sedemikian boleh dilihat dalam keuntungan sembilan bulan selepas cukai Pavilion REIT sebanyak RM181.4 juta (naik 153 peratus tahun ke tahun) pada 2022 dan pengagihan seunit (DPU) hingga 30 September 2022 sebanyak 6.16 sen.

“Ia didorong oleh oleh hasil sewa yang lebih tinggi, pendapatan daripada pengiklanan dan acara pemasaran serta perbelanjaan operasi hartanah yang lebih rendah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk  Philip Ho berkata, industri runcit dijangka kekal berdaya tahan buat masa ini, walaupun dengan persekitaran yang menunjukkan risiko inflasi lebih tinggi.

“Dengan pertumbuhan jualan runcit dijangka akan normal, Pavilion REIT kekal komited  membawa pertumbuhan jangka panjang dan nilai untuk pemegang kepentingan kami,” ujarnya.

Tambahnya, ketibaan pelancong juga dijangka kembali sepenuhnya ke tahap sebelum pandemik menjelang 2024 apabila lebih banyak negara melonggarkan langkah pencegahan Covid-19 masing-masing termasuk Malaysia.

Pemerhati juga optimis bahawa China akhirnya akan melonggarkan sekatan perjalanan ke atas rakyatnya dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN