Paragon yakin pelaburan di Malaysia, perkenal Kahf - Utusan Malaysia

Paragon yakin pelaburan di Malaysia, perkenal Kahf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkembangan sektor ekonomi berdaya saing di negara ini memberikan keyakinan kepada PT Paragon Technology and Innovation (Paragon) untuk terus kekal dan melabur di negara ini.

Pelaburan tersebut dapat sekali gus dapat memastikan syarikat berkenaan meluaskan pasaran produk keluaran mereka.

Justeru Pengurus Jenama, Billy Dharmawan berkata, keyakinan itu dapat dilihat daripada tempoh masa dan jumlah produk yang dapat dipasarkan di negara ini.

Malah katanya, syarikat tersebut dalam masa yang sama turut memperkenalkan rangkaian produk khusus untuk lelaki selepas kejayaan pelaburan dalam bidang kecantikan di negara ini .

“Melihat kepada kejayaan jenama Wardah keluaran syarikat kami di pasaran Malaysia, Paragon berkeyakinan produk baharu yang dikenali sebagai Kahf bakal mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan di sini.

“Apa yang paling penting ia turut melibatkan faktor yang berkonsepkan halal, berkualiti tinggi dan berinspirasikan alam semula jadi serta harga jualannya yang mampu milik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Billy berkata, syarikat tersebut memperkenalkan tiga kategori produk iaitu penjagaan kulit yang terdiri daripada pencuci muka dan pelembap pelindung matahari.

Produk terbaharu Kahf yang dijual di bawah RM50 seunit itu telah mula berada di pasaran Malaysia pada awal bulan Oktober ini dan kini secara rasmi dijual di beberapa rangkaian farmasi utama dan terbesar serta juga di platform online. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.