PETALING JAYA: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) sekali lagi membuat keputusan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada mesyuarat kali terakhirnya tahun ini. Ia adalah kenaikan kali keempat berturut-turut tahun ini bermula Mei, Julai dan September lalu, dengan masing-masing menyaksikan peningkatkan sebanyak 25 mata asas berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya. Kenaikan kali keempat berturut-turut itu juga adalah pertama kali sejak penanda aras kadar faedah pinjaman tempatan itu diperkenalkan pada 2004. Berikutan kenaikan terbaharu itu, kadar tertinggi dan terendah koridor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya