Modenas tawar 180 unit Ninja 250 Öhlins - Utusan Malaysia

Modenas tawar 180 unit Ninja 250 Öhlins

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) memperkenalkan model edisi terhad iaitu Modenas Ninja 250 Öhlins.

Model terbabit didatangkan dengan sistem suspensi Öhlins baharu dan tidak menerima sebarang perubahan lain daripada aspek mekanikal mahupun kosmetik.

Padanan baharu itu hanya diperkenalkan buat varian Ninja 250 tanpa ABS dan terhad kepada 180 unit sahaja. 

Penghantaran akan dibuat secara berperingkat dan akan tersedia untuk jualan di semua rangkaian pengedar sah Kawasaki seperti yang disenaraikan di laman sesawang rasmi syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, model tersebut dipasang siap dengan suspensi belakang Öhlins jenis KA 744, STX 36 Supersport boleh laras yang turut menerima jaminan waranti penuh daripada pengilang.

“Dengan padanan baharu ini, motosikal akan lebih stabil terutamanya ketika memasuki selekoh. Walaupun penunggang memulas pendikit minyak atau brek mengejut semasa selekoh di kawasan yang tidak rata, motosikal itu tetap stabil. 

“Lebih-lebih lagi, ia akan menjadi satu kelainan dalam segmennya,” katanya dalam kenyataan. 

Öhlins merupakan satu jenama terkemuka dalam menghasilkan teknologi suspensi untuk sukan permotoran dan ia turut memperkenalkan sistem yang sama bagi kegunaan motosikal kelas pertengahan yang dapat mengekalkan kuasa serta lebih kawalan semasa tunggangan. 

Ninja 250 kini dipadankan dengan penyerap hentakan berketepatan tinggi dan rendah geseran yang akan memberikan keselesaan serta pengalaman menunggang yang hebat.

Harga jualan yang disyorkan bagi Modenas Ninja 250 edisi Öhlins itu adalah RM20,500 tidak termasuk insuran dan cukai jualan. 

Untuk maklumat lanjut, layari web rasmi Modenas dan Kawasaki di https://modenas.my/v2/ dan http://www.kawasaki.com.my/home atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya