PETALING JAYA: Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) meraih keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM196.2 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2022 berbanding RM166.4 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu. Hasil turut meningkat sebanyak 35 peratus kepada RM1.65 bilion dalam tempoh tinjauan berbanding RM1.22 bilion dalam sembilan bulan pertama 2021. Kumpulan merekodkan jualan hartanah baharu yang lebih tinggi sebanyak RM1.69 bilion untuk tempoh tersebut, melonjak 32…









