Lazada terbit laporan impak ESG pertama

Lazada terbit laporan impak ESG pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lazada Group menerbitkan laporan impak Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) pertama bersempena ulang tahun ke-10 dan menandakan komitmen ke arah membina perniagaan yang mampan serta mewujudkan impak positif.

Laporan bertajuk `Membentuk Masa Depan Ekonomi Digital’ itu memperincikan usaha Lazada dalam memanfaatkan e-Dagang sebagai daya kebaikan bagi membangunkan komuniti, amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan mampan serta menguruskan impak terhadap alam sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Group, James Dong berkata, sempena sambutan ulang tahun ke-10 Lazada tahun ini, syarikat turut menyambut 10 tahun kewujudan perdagangan digital di Asia Tenggara.

Katanya, ia juga merupakan masa yang tepat untuk mengeluarkan laporan impak ESG yang pertama dan beliau berbesar hati untuk berkongsi perkembangan Lazada dalam memacu pertumbuhan perdagangan digital di rantau ini, di samping mencetuskan perbezaan menerusi operasi eDagang.

“Laporan ini merupakan permulaan perjalanan kemampanan (sustainability) kami. Ia menggariskan usaha ke arah kolaborasi yang lebih mantap bersama rakan kongsi dan pihak berkepentingan bagi memanfaatkan kedudukan kami sebagai platform eDagang yang membentuk masa depan ekosistem digital yang mampan,” katanya dalam kenyataan.

Laporan tersebut memaparkan rangka kerja ESG dan empat tonggak teras iaitu Memperkasakan Komuniti, Tenaga Kerja Sedia-Masa Depan, Pengawasan yang Bertanggungjawab dan Tadbir Urusan yang Efektif.

Ia turut menyerlahkan beberapa pencapaian cemerlang Lazada di bawah tonggak tersebut, termasuk Memperkasakan Komuniti, Tenaga Kerja Sedia-Masa Depan, Pengawasan yang bertanggungjawab dan Tadbir Urusan Yang Efektif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN