PETALING JAYA: Jualan automotif Kumpulan UMW meningkat pada Oktober 2022 dengan kedua-dua UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan yang lebih tinggi. Hasil daripada peningkatan pengeluaran untuk memenuhi tempahan tertunggak yang menggalakkan, kumpulan mencatatkan jualan sebanyak 35,130 unit pada Oktober 2022, iaitu 4.0 peratus lebih tinggi berbanding 33,859 unit yang didaftarkan pada bulan sebelumnya. Justeru, untuk sepuluh bulan pertama tahun ini, Kumpulan UMW mencatatkan jualan sejumlah…










