KPJ Healthcare terima penarafan emas

KPJ Healthcare terima penarafan emas untuk Penilaian Sukuk Kemampanan

NORHAIZAM MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KPJ Healthcare Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, Point Zone (M) Sdn. Bhd. (PZSB) menerima Penilaian Sukuk Kemampanan ‘Emas’ untuk Rangka Kerja Sukuk Kemampanannya (SSF) oleh Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC).

Penarafan ini adalah bukti gabungan projek hijau dan sosial yang sangat berkesan yang akan dijana daripada hasil yang diperoleh melalui terbitan rangka kerja sukuk.

Di samping itu, prestasi kemampanan KPJ Healthcare diiktiraf sebagai pemberi jaminan yang cukup tinggi terhadap kapasiti dan prestasi pelaksanaan kelestarian, terutamanya berkaitan pengurusan risiko Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi projek dan aktiviti yang berkelayakan.

Terbitan Sukuk berjumlah RM3 bilion, yang diumumkan pada awal tahun ini untuk membiayai keperluan pengembangan dan modal kerja syarikat telah menyaksikan permintaan yang menggalakkan dalam program wakalah sukuk berikutan peningkatan kepada RM650 juta daripada saiz awal RM500 juta selepas sambutan dan permintaan yang positif daripada pelabur-pelabur berkualiti tinggi.

Pegawai Pimpinan merangkap Ketua Pegawai Kewangan KPJ Healthcare, Norhaizam Mohammad berkata, pengiktirafan ini merupakan penanda aras keyakinan pasaran terhadap strategi perniagaan kami dimana kami terus meletakkan amalan kemampanan dan ESG di segenap perniagaan syarikat, termasuk strategi pembiayaan projek.

“Kami percaya pengiktirafan ini akan mewujudkan nilai yang lebih besar dalam jangka masa panjang untuk semua pemegang berkepentingan kami, justeru meletakkan kami di landasan yang betul dalam menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampan,” katanya.

Selaras dengan komitmen alam sekitar dan sosial peringkat korporat, rangka kerja ini akan memudahkan KPJ Healthcare dalam mengurangkan peralihan, risiko kemampanan jangka panjang dan memanfaatkan peluang yang berpotensi tinggi dalam memajukan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ia khusus dalam menangani isu-isu khusus masyarakat, termasuk akses kepada penjagaan kesihatan dan memperkasakan masyarakat kurang berkemampuan serta perusahaan kecil dan sederhana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN